Assalamualaikum....waaa...da lame da aku xupdate blog nih..da brsarang n bersawang da aku tngok.!huu..tiup skek,fuuuuuuhh.....tu diaaaa...da nmpk da ~pika's chalk zone~ kt situ..
haha..merepek skjap..!hmm,setelah sekian lama,almost setaon gak la aku rase aku da xupdate blog ni.bukn langsung xtngok ke ape,aku juz jenguk2 je,then bla gtu je,xupdate pape pon
oki,kali ni aku nk share tentang fadhilat surah al mulk..nape surah Al Mulk??sbb surah ni ley dikatakan surah fevret aku gak la..hmm,bukan la aku xske surah yg laen tu tp surah ni ntah nape bg aku special skek,mgkin sbb fadhilat dye kot yg menarik bg aku.
sum bout surah Al Mulk....
Surah Al Mulk ni adalah surah yg ke67 dlm Al Quran,surah ke 67 drpd 114 surah..diturunkan di Mekah dan mengandungi 30 ayat..dinamakan Al Mulk sbb word Al Mulk pd ayat pertama surah ni bermaksud Kerajaan.Surah ni gak disebut sebagai surah At Tabaarak yg bermaksud Maha Suci..surah ni juga dianggap sebagai surah keamanan n keselamatan sbb ia akan menjadi surah penyalamat n pendinding dari seksa kubur kpd para pembacanya..in syaa Allah..(maklumat ni dr ape yg aku search,anything wrong,gtaw n juz leave a comment,,kte share2 eyh!).
Surah ni hendaklah dibaca secara istiqamah dengan mnjadikan ia sebagai amalan seharian.Ade ulama pernah berkata : "sesungguhnya Rasulullah S.A.W xkn tido melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk"
Kandungan surah Al Mulk
umumnya,surah ni byk mengisahlkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Hal ini jelas digambarkan pd tajuk surah ni yg bermaksud KERAJAAN.Pd awal surah ni,ayat ni menceritakan kesempurnaan ciptaan alam ni yg tiada cacat celanya.
Allah telah menciptakan alam ni drpd awal yg tiada apa-apa kpd yg ada dan seterusnya menjaga alam ni dgn penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
umumnya,surah ni byk mengisahlkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Hal ini jelas digambarkan pd tajuk surah ni yg bermaksud KERAJAAN.Pd awal surah ni,ayat ni menceritakan kesempurnaan ciptaan alam ni yg tiada cacat celanya.
Allah telah menciptakan alam ni drpd awal yg tiada apa-apa kpd yg ada dan seterusnya menjaga alam ni dgn penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
Beberapa ayat yg seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dlm api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yg memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yg berikutnya berkisarkan kuasa Allah yg mengetahui perkara yg disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yg terbang di angkasa, dan yg berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yg mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
Kelebihan surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
.
.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
- Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
- Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
- Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
- Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
- Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
- Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
3. Hati Beriman
- Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4. Mendapat Keistimewaan
- Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
- Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Byk kn kelebihan membaca surah Al Mulk ni..surah ni ade 30 ayat je,xde la panjang mane pon..law bace pon lbey kurang 10 minit je kot amek masa..10 minit je kot!fadhilatnya sgt2 la bermakna bg kita hamba Allah yg byk melakukan dosa ni..law kita baca pon sebenarnya byk pahala kita ley dpt kt situ sbb Allah Maha Pemurah..nak taw nape aku ckp cmtu?
Sbb dgn membaca Al Quran je kita ley dpt
-pahala mendengar bacaannya,
-membacanya,
-pahala untuk berusaha membaca walaupun tersekat-sekat,
-pahala untuk belajar,
-pahala untuk mengajar,
-pahala untuk setiap huruf yang kita baca,
-pahala untuk setiap ayat yang kita baca dan fahamkan,
-pahala untuk mengamalkan isinya,
-pahala untuk menghafalnya
"Bacalah Al-Quran sahabat, jangan biarkan rumah atau bilik kita itu menjadi seperti kubur yang sepi, seperti rumah yang tidak berpenghuni kerana tiada dibacakan ayat-ayat Allah di dalamnya."
So,ley la kita amalkan surah ni selalu..ni sebenarnya peringatan wat diri aku gak ni,huuuu...so,selagi kita mampu apa salahnya kita usaha rebutkan peluang yg Allah bg kt kita ni...btol x??
sekian tu je dr aku,assalamualaikum..=)
No comments:
Post a Comment