okay, kali ni aku nak share tentang hukum bermain alat muzik. Kenapa tiba tiba aku nak cite pasal muzik lak ni?? haa.. ni sebab aku minat sangat la nak main alat muzik. dari dulu lagi.. dulu tu bila??hahah!! poyo je aku nih..hohoX!! dulu time aku kt matrik, time nak apply U untuk sambong degree, aku ade gak terpikir nak amek kos muzik ni.. huuu.. akan TETAPI!! aku terpikir balik, kalau aku amek kos muzik, aku nak keje ape nanti, takkan nak jadi artis kot? woah!! memang la tak sama sekali.. takkan nak jadi komposer lagu?? oh!! lagi la tak kan! lagipon aku taw mesti parents aku tak restu aku amek kos ni.. so, aku pon batalkan niat aku untuk apply kos muzik ni.. cukup la sekadar minat and kalau ada peluang aku belajar la sendiri...
musical instruments yg aku mula mula minat nak belajar ialah gitar!! haaaa.. tapi sampai sekarang aku tak belajar..hahaha... cerita je aku ni kan.. bia laa.. ske ati aku laa... okay! second, aku minat nak main drum. tapi itu dulu, sekarang tidak lagi..hoho... sekarang aku minat nak main piano!! haha.. ni gara gara aku minat gile kt MAKSIM MRVICA tu sampai aku pon minat nak main piano. akan tetapi!! aku nak maksim je yang ajar aku, aku xmaw belajar piano ngan orang lain!! hahahaha... ni dia yang aku suka tuuu..=D
tadaa!!ensem kan..tapi da ade bini..hoh!! |
tapi minat nak main piano tu aku kuburkan jela sekadar impian, kalau ada peluang aku main laa...hehe..tapi sekarang ni peluang aku agak cerah sket untuk main gitar. haaa.... sebab aku ada kawan yang boleh tolong ajar aku main benda alah ni
uyooooooo..panjang nye cite aku ni.. da lari tajok ni. "please stop it pika,.!!" -ha??okay2..
Dalam aku minat nak main alat muzik ni, aku teringin gak nak taw adakah alat muzik ni dibolehkan main mengikut hukum islam? setakat yang aku dengar sebelum ni majoriti cakap hukumnya haram.. tapi yeke?? so, aku ade gak la search siket siket pasal benda ni..
Back to hukum berrmain alat muzik bertali macam gitar, piano and seangkatan dengannya..tak ade hukum yang tetap tentang bermain alat muzik ni sebab berlaku perselisihan antara para ulama' dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa HARUS menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.
Kesimpulannya, hukum bermain gitar ni HARUS dengan SYARAT:
- untuk hiburan sendiri sahaja
- semasa bermain, tidak melibatkan maksiat perempuan, dadah dan sebagainya
- tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan
- tidak menyebabkan leka kepada diri sendiri atau kepada orang lain
Nak taw lebih lanjut, aku suggest korang singgah kt Wacanaku and ILUVISLAM.COM.(klik le kat merah tu eyh!)
Alhamdulillah..done!! hehe..tu je dari aku kali ni. Assalamualaikum..=)
No comments:
Post a Comment