Friday, 5 April 2013

Miss them soooooo much...

Assalamualaikum... hari ni hari jumaat,esok hari sabtu... aku plan konon cuti ni nak balik rumah la, tp kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. ada hal yg tak dapat nak dielakkan, jadinye, cuti minggu ni tak balik la aku... tapi hati ni nak balik sangat2. pasai rindu sangat kat orang rumah... siyes!!nak balik..!!! rindu orang umah.. rindu mak, rindu abah, rindu adek2 aku...ija, abang, ikram n momol... ngade2 kan aku ni, macam anak last je. padahal anak sulong!! tapi ni la perangai aku. mentang2 la dodok dekat je, shah alam je..nak balik je kije, hehehe...ngade2!! and aku sangat berharap dijodohkan ngan orang yang selalu ley balik kampung aku, huwawawawaawa....=DDD.. ade la plak orang nak aku kan.? haha.. ~"ko merepek ape pka??please stop it!"....haa??oki2...

walaupon aku boring dok kat rumah, tak de ape pon yang best kat rumah aku tu tapi kalau da name rumahku, syurgaku... mesti la aku rindu nak balik teratak tu. actually aku plan nak balik pon sebab nak celebrate bday si momol tu. bday dye yang ke.....erm, dye lahir tahun 2004. huhu... bday dia 29 mac hari tu. and selalu la dia tanya aku.."bila yong nak beli kek aliya??" sebab tu la aku nak balik sangat2..kesian si momol tu. dia  rindu aw kat dye, rindu nak gado ngan die.

and ni la pic family aku.. and dis pic was taken during hari raya... kat rumah member aku, syima. and dis is d only pic satu family yang aku ade. sebab mak ngan abah aku tak suke bergambar. nak2 lagi abah aku. sangat pemalu untuk bergambar... mak aku?? dalam pic ni nampak steady je kan amek gamba, haha..tapi aku ske tengok gambar abah aku dalam ni.. haha... nampak sangat kan malu nak bergambar... heee..=D

ni la pic family aku... yang hujung belah kanan sekali tu pacik aku. adek abah... bukan abang aku ye.. aku takde abang


Thursday, 4 April 2013

Fadhilat Ayat Kursi


haaa...nampak tak?nampak tak??nampak kan...
huuuu..tu je!!
assalamualaikum..bbye..~

Thursday, 14 March 2013

Ikhlas

Assalamualaikum awok2..=D

Wasiat saidina Ali Bin Abi Talib R.A
"Ikhlas adalah sifat yang paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Allah hinggakan malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu sama ada amalannya diterima atau tidak "

Menarik bagi aku untuk dikongsikan supaya menjadi peringatan buat diri sendiri. Aku pon manusia biasa. Kadang tu aku buat something aku cuba untuk ikhlas, tapi kadang perasaan ikhlas tu susa nak datang. Ntah.. aku pon tak taw nak describe camne. Aku tak taw la orang lain,huuu... Semoga apa yang aku kongsi ni boleh bagi manfaat kepada yang membaca.


Tu je.!! heee...=D assalamualaikum..=)

Saturday, 9 March 2013

15 pintu syaitan yang ada dalam diri manusia

Assalamulaikum awok2..=)

Okay..seperti yg tertulis dalam kitab suci Al-Quran bahawa syaitan tu adalah musuh yg nyata bagi kita, cucu cicit nabi Adam. seringkali kita diingatkan dengan ayat ni kan...


penah dengar kan.. syaitan sendiri pernah berjanji bahawa mereka ni tidak akan berhenti, tak kan give up and forever struggle untuk menyesatkan umat manusia. jadi, terdapat la beberapa pintu yang dibina oleh syaitan laknatullah bagi memudahkan syaitan2 ni menyesatkan umat manusia..

15 pintu syaitan yg ada dalam diri kita :


- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keenggangn menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak (bangga diri)
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- cinta akan dosa
- tidak takut akan pembalasan Allah
- putus asa dengan rahmat Allah

so, kita sendiri perlu berwaspada dan berusaha untuk mengelakkan diri kita ni adanya pintu2 tu.

Antara yg kita boleh lakukan bg mengurangkan, menghalang syaitan :
- baca Bismillah (kunci kepada perbuatan baik)
- banyakkan berzikir
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- baca doa pagi dan petang
- selalu berwudhuk
- baca doa sebelum masuk tandas
- banyakkan selawat
- selalu beristighfar
- banyakkan baca Al- Quran

untuk kali ni..tu je!!haha=D.. semoga info ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada yg membacanya. kita cuba lakukan apa yg termampu kan... and at least aku cuba sampaikan walaupun satu ayat, huuuu.. kt sini jela tempat aku nak invest.! pulangan tu, aku serahkan pada  Allah je..=) Assalamualaikum =)

Wednesday, 27 February 2013

Hukum bermain alat muzik bertali

Assalamualaikum korang and selamat pagi kalian..ceyh!!macam la ramai je yg baca post aku nih..hahah! poyo je!


okay, kali ni aku nak share tentang hukum bermain alat muzik. Kenapa tiba tiba aku nak cite pasal muzik lak ni?? haa.. ni sebab aku minat sangat la nak main alat muzik. dari dulu lagi.. dulu tu bila??hahah!! poyo je aku nih..hohoX!! dulu time aku kt matrik, time nak apply U untuk sambong degree, aku ade gak terpikir nak amek kos muzik ni.. huuu.. akan TETAPI!! aku terpikir balik, kalau aku amek kos muzik, aku nak keje ape nanti, takkan nak jadi artis kot? woah!! memang la tak sama sekali.. takkan nak jadi komposer lagu?? oh!! lagi la tak kan! lagipon aku taw mesti parents aku tak restu aku amek kos ni.. so, aku pon batalkan niat aku untuk apply kos muzik ni.. cukup la sekadar minat and kalau ada peluang aku belajar la sendiri...


musical instruments yg aku mula mula minat nak belajar ialah gitar!! haaaa.. tapi sampai sekarang aku tak belajar..hahaha... cerita je aku ni kan.. bia laa.. ske ati aku laa... okay! second, aku minat nak main drum. tapi itu dulu, sekarang tidak lagi..hoho... sekarang aku minat nak main piano!! haha.. ni gara gara aku minat gile kt MAKSIM MRVICA tu sampai aku pon minat nak main piano. akan tetapi!! aku nak maksim je yang ajar aku, aku xmaw belajar piano ngan orang lain!! hahahaha... ni dia yang aku suka tuuu..=D

tadaa!!ensem kan..tapi da ade bini..hoh!!

tapi minat nak main piano tu aku kuburkan jela sekadar impian, kalau ada peluang aku main laa...hehe..tapi sekarang ni peluang aku agak cerah sket untuk main gitar. haaa.... sebab aku ada kawan yang boleh tolong ajar aku main benda alah ni


uyooooooo..panjang nye cite aku ni.. da lari tajok ni. "please stop it pika,.!!" -ha??okay2..


Dalam aku minat nak main alat muzik ni, aku teringin gak nak taw adakah alat muzik ni dibolehkan main mengikut hukum islam? setakat yang aku dengar sebelum ni majoriti cakap hukumnya haram.. tapi yeke?? so, aku ade gak la search siket siket pasal benda ni..


Back to hukum berrmain alat muzik bertali macam gitar, piano and seangkatan dengannya..tak ade hukum yang tetap tentang bermain alat muzik ni sebab berlaku perselisihan antara para ulama' dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa HARUS menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Kesimpulannya, hukum bermain gitar ni HARUS dengan SYARAT:
- untuk hiburan sendiri sahaja
- semasa bermain, tidak melibatkan maksiat perempuan, dadah dan sebagainya
- tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan
- tidak menyebabkan leka kepada diri sendiri atau kepada orang lain

Nak taw lebih lanjut, aku suggest korang singgah kt Wacanaku and ILUVISLAM.COM.(klik le kat merah tu eyh!)

Alhamdulillah..done!! hehe..tu je dari aku kali ni. Assalamualaikum..=)


Tuesday, 26 February 2013

I'm okay while actually I'm not


Assalamualaikum and a very gud evening!!hee...=)


okkey, this time around, aku just nak share this thing.!!




Errrrmm..penah rase tak? penah rase tak camni? mesti penah kan.. Bayangkan time kita tengah sedih sangat sangat, down sangat, lost sangat, sampai kita da tak boleh nak berkata apa apa, kita hanya mampu cakap.."tak pe...aku ok.." then tiba-tiba ada someone datang then hug kita and cakap "aku taw sebenarnya kau tak ok kan.." waa!! Really feel glad bila ada orang cakap camtu kat kita kan..=).. Actually ada kawan aku yang penah cakap camni kat aku time emosi aku tak berapa nak betol time tu and bila aku tengok pic ni, aku mesti teringat kat dia..-thank awok!!- 

tu je!! tak maw bebel da..haha..
okey..gudnite
Assalamualaikum..=)

Monday, 25 February 2013

Positive or Negative??

Assalamualaikum n hye hye!!

okkey...this time around, aku just nak share pic ni je..


anda pilih positif ke negatif? =) or =( ??


Da tu je!!haha..aku da ngantuk da ni..maw tido..entah bila lagi aku nak update aku xtaw,huu..
Gudnite.. Assalamualaikum..=)

Sunday, 24 February 2013

Was-was ketika solat

Assalamualaikum n hye!!..=)


okey,entry kali ni aku nak share tentang was-was dalam solat. sebab aku pernah mengalami situasi.."eeh, rakaat ke berapa da nih?..ke 3 ke ke 4??..eh,da tahiyyat awal ke belom td ha?"...time aku tengah solat..aii..biase la..keje syaitan la tu..time tu la macam macam ilham datang, nak buat ape la lepas solat, nak ingat barang yang hilang letak kat mane laa, nak makan ape laa..last2..nah!!akhirnya aku tewas juga...huuuu..kadang tu kalau rajin,aku solat la balik.   kalau idak, aku teruskan je, ikut agak2 aku rakaat ke berapa time tu.huhuh!!sangat tak baik kan perangai aku yang tu..ish3..



TAPI jangan risau..Islam tu mudah, tidak menyusahkan. Rasulullah S.A.W telah mengajar bagaimana cara nak mengatasi masalah tersebut dalam hadis baginda daripada Abdurrahman Bin 'Auf.

a) Jika seseorang tu tak memiliki keyakinan sama ada dia berada dalam rakaat ke 3 atau ke 4 (dalam solat zohor, asar atau isya') atau rakaat ke 2 atau ke 3 (dalam solat maghrib) atau rakaat ke 2 atau pertama (dalam solat subuh), maka perlulah dia memilih rakaat yang paling sedikit.

b) Sesudah dia memilih rakaat yang paling sedikit, maka perlulah dia meneruskan solatnya seperti biasa sehingga tahiyyat akhir.

c) Setelah selesai melakukan tasyahud akhir, diteruskan dengan sujud sahwi (sebanyak 2 kali) then, diakhiri dengan salam seperti biasa.

p/s: TIADA bacaan khusus dalam sujud sahwi. Diam atau bertasbih atau baca seperti bacaan sujud biasa pon sudah memadai.

*Dikeluarkan oleh Ahmad dalam musnadnya - Hadis no:1656 (Jld 1,m/s 190)


okey!!tu je dari aku kali ni..=)

Assalamualaikum..

Tuesday, 12 February 2013

Kawan, Sahabat, Teman or Kenalan??

Assalamualaikum..hye!hye hye!!


Sebelum aku start bebel panjang, aku nk jerit kasik taw kt korang yg....aku rindu sume mmbe aku..syima, echa, atin, mmbe2 SISPA aku, exrummies aku n so so so on..hahahahahaaa..da nape lak ngn aku ni? xlaa..sebenarnya bnde ni ade kene mengena ngn ape yg aku nk share ngn korang kali ni. tp jujo taw dr hati aku, cuti kali ni aku rindu sume kawan2 aku..feeling ni laen dr sebelum2 ni,nape ntah..ape??nampak je aku ni cm xde perasaan taw, dlm hati aku ni mcm2 ade aw!!haaaaa...

erm..jujo aku cakap,aku memang xramai kawan..kalau nk dicompare ngn kawan2 aku yg laen. ade kawan aku sorang ni,everywhere dye pergi,ade je yg dye kenal,ade je org kenal dye. kalau jumpa, siap bkak kdai kopi lg,aku pon pelik..xjeles cuma pelik,ape bnde la yg dye sembang ngn kawan2 dye tuh..ade gak kawan aku sorang ni,everywhere dye pergi,sume org dye nk hug.tu utk org yg sama jantina ngn kitorg la..hahaaa..dye ni siyes ramai gle kawan.memang kawan aku yg ni jenis yg org senang nk suit ngn dye..mybe sbb 'd power of hug' tu..hahaha..lagipon dye memang frenly,jgn nk compare la ngn aku kn..haha..tp memg pon hug ni ley merapatkan lg ssuatu hubungan. ni aku cakap sbb pernah terbaca artikel pasal hug nih..bila pkir balik sbb tu kot dye ni senang rapat ngn ramai org..oki,abes kt sini.

Berbalik pd istilah kawan, sahabat, or kenalan tu..ni aku nk share ape bezanya 

Kawan
kawan ni seorang yg ley berkongsi lbey dr satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya walaupun bukan dr organisasi yg sama. kawan jg adalah org yg selalu berinteraksi dgn kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.kawan ni lbey bersifat luaran je. haaa..selalunya kawan gak ley jadi teman bergosssssip..

biasanya kawan ni kita ley dapat kt mane2 je.haaa..kira jumpa tepi jln pon ley jd kawan,huuu..sbb tu la kita ada kawan yg paling ramai.

Dgn kawan selalunya kita ley berkongsi kesedihan dan kegembiraan tp xlbey dr tu. hubungan kawan juga ley terputus kalau x sependapat.


Teman
teman ni hubungannya lbey kuat dari kawan. kira teman ni org yg ley dipercayai dan ley dijadikan tempat berkongsi suka dan duka, share problem dan pendapat sehingga dlm satu keadaan tu dye ley menjadi sahabat.

Sahabat
sahabat ni org kata paling susah nk jumpa. sahabat adalah seseorang yg terlalu rapat dan akrab ngn kita dan setia berbanding teman. hubungan sahabat ni sgt la kuat sehingga sume problem ley dishare bersama. sahabat ni dye lbey prihatin dan sanggup berkorban demi persahabatan. memang susa la nk jumpa org ceni kan..tp xmustahil ley jumpa. kadang tu sahabat tu ade je dekat dgn kita tp mungkin kita yg xsedar sampai satu masa kita kehilangan dye, time tu baru kita akan rasa

Sahabat juga x semestinya memiliki minat atau pendapat yg sama dgn kita tapi diorang ni la yg akan selalu ade dgn kita time kita memerlukan dye. sahabat juga membuatkan kita berasa selamat apabila dye  ada bersama dgn kita n diorg ni jenis org yg setiakawan. sahabat juga adalah org yg sgt menyayangi kita.

(tentang kawan, teman, sahabat n kenalan ni sume aku share ape yg aku bace taw)..

tp ni la pesanan penaja, hoho..dlm kita mencari kawan or teman or sahabat utk share rahsia or problem, kita kene tengok org jugak...jgn nilaikan dr sudut luaran je,ne kenal betol5 org tu cene. sbb ade je yg disangka sahabat tp backstab kita plak, ley plak cite hal kita kt org kn. nk2 lg, kalau nk share bende yg melibatkan aib kita,kita ne bijak memilih teman utk bercerita supaya xde la gado2 or bermasam muka di kemudian hari..hmm..ceni baek xya share cte ngn sape2 kn..ley ke cmtu? sbb aku faham. it's lumrah. nk2 lg kita kaum hawa ni, lg laa...mesti ade gak skek bnde yg kita rasa nk share..xley nk simpan sorang2..btol x? cuma kita kene bijak memilih teman bercerita tu cene..oki..?

Rakan
rakan ni hubungannya antara kawan dan kenalan. rakan ni org yg selalu kita berkongsi hobi, minat, kerjaya, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dlm satu organisasi atau kumpulan. contohnya rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah n sebagainya.

Kenalan
Kenalan adalah org yg pernah berinteraksi dgn kita tetapi tidak dapat mengesahakn identiti atau kewujudan sebanarnya. rakan mungkin wujud sebagai rakan. biasanya kenalan ni  kita kenal dye dlm bentuk identiti tertentu. contohnya rakan FB, rakan chatting, rakan siber atau rakan blogger..=)..kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan dan kadangkala xmustahil mereka ley memberi kebaikan kepada kita menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

da!..tu je dr aku kali ni..assalamualaikum.






Tuesday, 5 February 2013

Kelebihan surah Al Mulk

Assalamualaikum....waaa...da lame da aku xupdate blog nih..da brsarang n bersawang da aku tngok.!huu..tiup skek,fuuuuuuhh.....tu diaaaa...da nmpk da ~pika's chalk zone~ kt situ..
haha..merepek skjap..!hmm,setelah sekian lama,almost setaon gak la aku rase aku da xupdate blog ni.bukn langsung xtngok ke ape,aku juz jenguk2 je,then bla gtu je,xupdate pape pon

oki,kali ni aku nk share tentang fadhilat surah al mulk..nape surah Al Mulk??sbb surah ni ley dikatakan surah fevret aku gak la..hmm,bukan la aku xske surah yg laen tu tp surah ni ntah nape bg aku special skek,mgkin sbb fadhilat dye kot yg menarik bg aku.








sum bout surah Al Mulk....
Surah Al Mulk ni adalah surah yg ke67 dlm Al Quran,surah ke 67 drpd 114 surah..diturunkan di Mekah dan mengandungi 30 ayat..dinamakan Al Mulk sbb word Al Mulk pd ayat pertama surah ni bermaksud Kerajaan.Surah ni gak disebut sebagai surah At Tabaarak yg bermaksud Maha Suci..surah ni juga dianggap sebagai surah keamanan n keselamatan sbb ia akan menjadi surah penyalamat n pendinding dari seksa kubur kpd para pembacanya..in syaa Allah..(maklumat ni dr ape yg aku search,anything wrong,gtaw n juz leave a comment,,kte share2 eyh!).

Surah ni hendaklah dibaca secara istiqamah dengan mnjadikan ia sebagai amalan seharian.Ade ulama pernah berkata : "sesungguhnya Rasulullah S.A.W xkn tido melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk"

Kandungan surah Al Mulk
umumnya,surah ni byk mengisahlkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Hal ini jelas digambarkan pd tajuk surah ni yg bermaksud KERAJAAN.Pd awal surah ni,ayat ni menceritakan kesempurnaan ciptaan alam ni yg tiada cacat celanya.

Allah telah menciptakan alam ni drpd awal yg tiada apa-apa kpd yg ada dan seterusnya menjaga alam ni dgn penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yg seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dlm api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yg memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yg berikutnya berkisarkan kuasa Allah yg mengetahui perkara yg disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yg terbang di angkasa, dan yg berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yg mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

Kelebihan surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
 .
.

Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
  • Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 
  • Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
  • Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)
3. Hati Beriman
  • Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4.  Mendapat Keistimewaan
  • Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 
  • Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 


Byk kn kelebihan membaca surah Al Mulk ni..surah ni ade 30 ayat je,xde la panjang mane pon..law bace pon lbey kurang 10 minit je kot amek masa..10 minit je kot!fadhilatnya sgt2 la bermakna bg kita hamba Allah yg byk melakukan dosa ni..law kita baca pon sebenarnya byk pahala kita ley dpt kt situ sbb Allah  Maha Pemurah..nak taw nape aku ckp cmtu?

Sbb dgn membaca Al Quran je kita ley dpt
-pahala mendengar bacaannya,

-membacanya,
-pahala untuk berusaha membaca walaupun tersekat-sekat,
-pahala untuk belajar,
-pahala untuk mengajar,
-pahala untuk setiap huruf yang kita baca,
-pahala untuk setiap ayat yang kita baca dan fahamkan,
-pahala untuk mengamalkan isinya,
-pahala untuk menghafalnya


"Bacalah Al-Quran sahabat, jangan biarkan rumah atau bilik kita itu menjadi seperti kubur yang sepi, seperti rumah yang tidak berpenghuni kerana tiada dibacakan ayat-ayat Allah di dalamnya."


So,ley la kita amalkan surah ni selalu..ni sebenarnya peringatan wat diri aku gak ni,huuuu...so,selagi kita mampu apa salahnya kita usaha rebutkan peluang yg Allah bg kt kita ni...btol x??
sekian tu je dr aku,assalamualaikum..=)