Thursday, 14 March 2013

Ikhlas

Assalamualaikum awok2..=D

Wasiat saidina Ali Bin Abi Talib R.A
"Ikhlas adalah sifat yang paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Allah hinggakan malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu sama ada amalannya diterima atau tidak "

Menarik bagi aku untuk dikongsikan supaya menjadi peringatan buat diri sendiri. Aku pon manusia biasa. Kadang tu aku buat something aku cuba untuk ikhlas, tapi kadang perasaan ikhlas tu susa nak datang. Ntah.. aku pon tak taw nak describe camne. Aku tak taw la orang lain,huuu... Semoga apa yang aku kongsi ni boleh bagi manfaat kepada yang membaca.


Tu je.!! heee...=D assalamualaikum..=)

Saturday, 9 March 2013

15 pintu syaitan yang ada dalam diri manusia

Assalamulaikum awok2..=)

Okay..seperti yg tertulis dalam kitab suci Al-Quran bahawa syaitan tu adalah musuh yg nyata bagi kita, cucu cicit nabi Adam. seringkali kita diingatkan dengan ayat ni kan...


penah dengar kan.. syaitan sendiri pernah berjanji bahawa mereka ni tidak akan berhenti, tak kan give up and forever struggle untuk menyesatkan umat manusia. jadi, terdapat la beberapa pintu yang dibina oleh syaitan laknatullah bagi memudahkan syaitan2 ni menyesatkan umat manusia..

15 pintu syaitan yg ada dalam diri kita :


- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keenggangn menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak (bangga diri)
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- cinta akan dosa
- tidak takut akan pembalasan Allah
- putus asa dengan rahmat Allah

so, kita sendiri perlu berwaspada dan berusaha untuk mengelakkan diri kita ni adanya pintu2 tu.

Antara yg kita boleh lakukan bg mengurangkan, menghalang syaitan :
- baca Bismillah (kunci kepada perbuatan baik)
- banyakkan berzikir
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- baca doa pagi dan petang
- selalu berwudhuk
- baca doa sebelum masuk tandas
- banyakkan selawat
- selalu beristighfar
- banyakkan baca Al- Quran

untuk kali ni..tu je!!haha=D.. semoga info ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada yg membacanya. kita cuba lakukan apa yg termampu kan... and at least aku cuba sampaikan walaupun satu ayat, huuuu.. kt sini jela tempat aku nak invest.! pulangan tu, aku serahkan pada  Allah je..=) Assalamualaikum =)

Wednesday, 27 February 2013

Hukum bermain alat muzik bertali

Assalamualaikum korang and selamat pagi kalian..ceyh!!macam la ramai je yg baca post aku nih..hahah! poyo je!


okay, kali ni aku nak share tentang hukum bermain alat muzik. Kenapa tiba tiba aku nak cite pasal muzik lak ni?? haa.. ni sebab aku minat sangat la nak main alat muzik. dari dulu lagi.. dulu tu bila??hahah!! poyo je aku nih..hohoX!! dulu time aku kt matrik, time nak apply U untuk sambong degree, aku ade gak terpikir nak amek kos muzik ni.. huuu.. akan TETAPI!! aku terpikir balik, kalau aku amek kos muzik, aku nak keje ape nanti, takkan nak jadi artis kot? woah!! memang la tak sama sekali.. takkan nak jadi komposer lagu?? oh!! lagi la tak kan! lagipon aku taw mesti parents aku tak restu aku amek kos ni.. so, aku pon batalkan niat aku untuk apply kos muzik ni.. cukup la sekadar minat and kalau ada peluang aku belajar la sendiri...


musical instruments yg aku mula mula minat nak belajar ialah gitar!! haaaa.. tapi sampai sekarang aku tak belajar..hahaha... cerita je aku ni kan.. bia laa.. ske ati aku laa... okay! second, aku minat nak main drum. tapi itu dulu, sekarang tidak lagi..hoho... sekarang aku minat nak main piano!! haha.. ni gara gara aku minat gile kt MAKSIM MRVICA tu sampai aku pon minat nak main piano. akan tetapi!! aku nak maksim je yang ajar aku, aku xmaw belajar piano ngan orang lain!! hahahaha... ni dia yang aku suka tuuu..=D

tadaa!!ensem kan..tapi da ade bini..hoh!!

tapi minat nak main piano tu aku kuburkan jela sekadar impian, kalau ada peluang aku main laa...hehe..tapi sekarang ni peluang aku agak cerah sket untuk main gitar. haaa.... sebab aku ada kawan yang boleh tolong ajar aku main benda alah ni


uyooooooo..panjang nye cite aku ni.. da lari tajok ni. "please stop it pika,.!!" -ha??okay2..


Dalam aku minat nak main alat muzik ni, aku teringin gak nak taw adakah alat muzik ni dibolehkan main mengikut hukum islam? setakat yang aku dengar sebelum ni majoriti cakap hukumnya haram.. tapi yeke?? so, aku ade gak la search siket siket pasal benda ni..


Back to hukum berrmain alat muzik bertali macam gitar, piano and seangkatan dengannya..tak ade hukum yang tetap tentang bermain alat muzik ni sebab berlaku perselisihan antara para ulama' dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa HARUS menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Kesimpulannya, hukum bermain gitar ni HARUS dengan SYARAT:
- untuk hiburan sendiri sahaja
- semasa bermain, tidak melibatkan maksiat perempuan, dadah dan sebagainya
- tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan
- tidak menyebabkan leka kepada diri sendiri atau kepada orang lain

Nak taw lebih lanjut, aku suggest korang singgah kt Wacanaku and ILUVISLAM.COM.(klik le kat merah tu eyh!)

Alhamdulillah..done!! hehe..tu je dari aku kali ni. Assalamualaikum..=)